Fifi Natasya merupakan bekas peguam hartanah dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perundangan dan hartanah. Pengalaman tersebut memberikan beliau pemahaman yang mendalam dalam aspek legal, due diligence serta proses dan strategi bidaan hartanah lelong.
Beliau kemudiannya mengasaskan Lubuk Rumah Lelong sebagai platform yang memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan urusan hartanah lelong. Fifi turut menerima anugerah Top Sale Agent 2025 dengan rekod 60 kemenangan kes lelong dalam tempoh setahun, selain pernah tampil sebagai panel podcast bersama Financial Faiz menerusi topik “Sisi Gelap Rumah Lelong”.
Dinie Akmal
Dinie Akmal pernah berkhidmat sebagai Sales Manager di MBSB, mengendalikan produk PFI (Personal Financing-i/Personal Loan). Selepas itu, beliau beralih ke bahagian mortgage dengan fokus menguruskan pembiayaan bagi kes refinance hartanah.
Pengalaman dalam bidang perbankan memberikan Dinie pemahaman yang kuat mengenai kelayakan pembiayaan, komitmen kewangan dan keperluan pelanggan. Kini, Dinie merupakan Real Estate Negotiator (REN) berdaftar di ERA Realtor Sdn Bhd, dengan fokus membantu pelanggan dalam urusan jual beli dan pembiayaan hartanah.