Terus ke kandungan

Home / FAQ

FAQ

Soalan Yang Ramai Tanya

Cari penerangan asas untuk urusan rumah lelong, subsale, refinance dan legal awareness.

FAQ mengikut urusan

Jawapan ringkas untuk soalan biasa

Pilih kategori yang berkaitan dengan urusan anda. Kalau masih tak pasti, team kami boleh bantu arahkan.

01

Rumah Lelong

Soalan asas sebelum anda mula mencari dan membida.

Rumah lelong dijual melalui proses bidaan dan tertakluk kepada syarat jualan tertentu, manakala rumah subsale dibeli terus daripada pemilik melalui proses jual beli biasa.

Anda boleh mula dengan melihat senarai hartanah yang tersedia, pilih lokasi dan bajet yang sesuai, kemudian buat semakan sebelum daftar untuk bidaan.

Antara perkara penting ialah dokumen jualan, keadaan hartanah, status penghunian, tunggakan atau kos berkaitan serta persediaan kewangan.

Ia bergantung pada keadaan hartanah. Ada rumah yang boleh dilihat dari luar sahaja dan ada juga yang mungkin masih berpenghuni.

Selepas berjaya, pembeli perlu ikut syarat dan tempoh yang dinyatakan dalam dokumen jualan termasuk urusan bayaran, pembiayaan dan dokumen berkaitan.

02

Rumah Subsale

Panduan ringkas untuk buyer dan owner rumah.

Rumah subsale ialah rumah yang sudah mempunyai pemilik dan dijual semula kepada pembeli baharu.

Tentukan bajet, kawasan yang diingini dan buat semakan awal kemampuan pembiayaan supaya carian rumah lebih terarah.

Sediakan maklumat asas hartanah seperti lokasi, jenis rumah, status pemilikan dan maklumat berkaitan sebelum berhubung dengan team.

Tidak semestinya sebagai langkah pertama, tetapi anggaran nilai pasaran boleh membantu owner memahami kedudukan harga rumah sebelum memasarkan hartanah.

Tempohnya boleh berbeza bergantung pada dokumen, pembiayaan, urusan peguam dan keadaan transaksi.

03

Refinance Rumah

Fahami tujuan, kelayakan dan maklumat asas refinance.

Refinance ialah proses mendapatkan pembiayaan baharu untuk menggantikan atau menyusun semula pembiayaan rumah yang sedia ada.

Antara sebab biasa ialah mahu menyusun semula komitmen, menilai semula pembiayaan sedia ada atau menggunakan nilai ekuiti rumah jika memenuhi syarat.

Tidak semestinya. Kelayakan bergantung pada keadaan kewangan, nilai hartanah, rekod pembiayaan dan penilaian institusi kewangan.

Biasanya maklumat berkaitan rumah, baki pembiayaan semasa, pendapatan dan komitmen kewangan diperlukan untuk semakan awal.

Tidak. Cash-out bergantung pada nilai hartanah, baki pembiayaan, kelayakan dan polisi institusi kewangan.

04

Tanya Sama Lawyer / Legal Awareness

Penerangan umum tentang isu undang-undang berkaitan hartanah.

Tanya Sama Lawyer ialah platform perkongsian berkaitan legal awareness, khususnya topik yang berkait dengan hartanah dan urusan pemilikan.

Tidak. Kandungan disediakan untuk penerangan dan kesedaran umum. Situasi tertentu tetap memerlukan nasihat berdasarkan kes masing-masing.

Ya. Jika isu memerlukan semakan khusus, anda boleh gunakan saluran urusan peguam hartanah yang disediakan.

05

Info Lubuk Rumah / Hubungi

Pilih laluan yang paling sesuai untuk urusan anda.

Kalau nak cari rumah lelong, pilih Lubuk Rumah Lelong. Untuk beli atau jual rumah biasa, pilih Lubuk Rumah Subsale. Untuk refinance, pilih Lubuk Refinance Rumah. Untuk isu legal, pilih Tanya Sama Lawyer.

Pergi ke halaman Hubungi dan pilih jenis urusan anda. Dari situ, anda akan diarahkan ke borang atau team yang berkaitan.

Tak jumpa jawapan? Hubungi Team Kami.